UTC
Konsep perkhidmatan UTC yang memberi perkhidmatan di luar waktu pejabat wajar diperluaskan dalam sektor awam. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara akan mengalami perubahan waktu sepanjang bulan Ramadan bermula 26 Mei sehingga 27 Jun
2017.

Waktu operasi UTC di Semenanjung Malaysia pada hari Isnin hingga Ahad bermula 8.30 pagi hingga 5 petang. Manakala operasi UTC di Sabah, Labuan dan Sarawak pada pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.

UTC akan beroperasi seperti masa yang telah ditetapkan iaitu 8.30 pagi hingga 10 malam di Semenanjung Malaysia dan 8 pagi hingga 9 malam di Sabah, Labuan dan Sarawak mulai 28 Jun 2017.

Kementerian Kewangan berkata, penutupan awal UTC sempena bulan Ramadan ini dapat menjaga kebajikan petugas di UTC dan pada masa sama perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast