Ambulances and medics outside Maghagha Hospital in Minya Province, Egypt in this screen grab take on May 26, 2017. REUTERS TV

KAHERAH- Jet-jet pejuang Mesir melancarkan serangan udara ke atas kem Libya yang didakwa sebagai pusat latihan militan dan telah membunuh ramai penganut Kristian awal pagi tadi.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi telah mengarahkan serangan terhadap apa yang mereka dakwa sebagai kem pengganas di samping menegaskan negara-negara yang menaja keganasan perlu dihukum.

Sumber ketenteraan Mesir berkata, enam serangan dilakukan berhampiran Derna di timur Libya beberapa jam selepas lelaki-lelaki bertopeng menyerang sekumpulan Kristian Coptic yang sedang menuju ke sebuah biara di selatan Mesir.

Kejadian tersebut telah mengorbankan 29 nyawa dan mencederakan 24 yang lain.

Tambah al-Sisi, Mesir tidak teragak-agak untuk melakukan serangan seterusnya terhadap kem-kem yang melatih pengganas yang mahu menentang Mesir, tidak kira sama ada kem tersebut berada di dalam atau luar negara.-MalaysiaGazette