DUBAI – Etihad Airways, syarikat penerbangan milik kerajaan UAE dan penerbangan tambang murah Fly Dubai mengumumkan akan menggantung semua penerbangan masuk dan keluar dari Qatar sehingga dimaklumkan kelak.

Penerbangan terakhir dari Abu Dhabi ke Doha adalah pada pukul 02:45 pagi waktu tempatan pada Selasa, menurut satu kenyataan jurucakap penerbangan itu menerusi satu emel hari ini.