Idris Jala dikerumuni wartawan sebelum meninggalkan Menara Felda.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hadir ke Menara Felda ketika sekumpulan pegawai SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung kemelut melibatkan Felda Global Ventures Bhd. (FGV).

Beliau yang tiba kira-kira jam 2.45 petang bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media.

Kira-kira sejam selepas itu, Idris Jala dilihat meninggalkan Menara Felda.

“Saya hadir untuk kumpul maklumat. Tak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini” katanya ringkas sebelum beredar.

Semalam kerajaan mengumumkan perlantikan Idris Jala sebagai pihak bebas untuk mengenalpasti fakta kes dan membuat cadangan bersabit keputusan FGV menggantung Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan dua pegawai kanan syarikat itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Idris dipersetujui semua pihak teribat. -MalaysiaGazette