Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada lima universiti awam negara yang berjaya menduduki dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia dalam senarai Ranking Universiti Dunia QS 2017/2018.

Lima universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM) di tangga ke-114, Universiti Putra Malaysia (UPM-229), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-230), Universiti Teknologi Malaysia (UTM-253 dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-264.

“Tahniah kepada Naib-naib Canselor UM, UPM, UKM, UTM dan USM di atas lonjakan ranking universiti seperti yang diumumkan,” kata Najib menerusi laman Twitternya, tengah malam tadi.

Semua universiti berkenaan berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing berbanding tahun lepas iaitu UM di tempat ke-133 tahun lalu, UPM (270), UTM (288), UKM (302) dan USM di tangga ke-330.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast