Welson Sim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Welson Sim selepas perenang it memenangi pingat emas acara 400 meter gaya bebas pada kejohanan Mare Nostrum Tour di Monte Carlo, Monaco.

Pada kejohanan tersebut Welson bukan sahaja berjaya memadamkan rekod kebangsaan milik beliau malah perenang muda itu turut penewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Mack Horton dari Australia.

“Tahniah perenang kita Welson Sim, raih pingat emas di kejohanan Monaco, pecah rekod kebangsaan & tewaskan juara Olimpik! Manis kemenangan ini,” Najib dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 3 minit 49.48 saat bagi memadamkan rekod kebangsaan 3 minit 50.33 saat miliknya. – MalaysiaGazette