.foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH725 dari Kuala Lumpur mengalami kerosakan tayar ketika mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Airport di tengah-tengah hujan lebat tetapi pesawat itu mendarat dengan selamat.

Menurut kenyataan yang disiarkan oleh syarikat penerbangan itu menerusi laman Facebook, tiada penumpang atau anak kapal yang cedera.

“Malaysia Airlines memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan untuk pelanggan kami berkaitan insiden ini,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memberi segala bantuan dan memastikan kesejahteraan semua penumpang dan krew.

Susulan insiden itu, penerbangan balik, MH724 dari Jakarta ke Kuala Lumpur, yang dijadualkan berlepas pada 7.50 malam pada 13 Jun telah dibatalkan.

Penumpang akan dipindahkan ke penerbangan lain, kata kenyataan itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast