Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak merudum hampir paras terendah dalam tempoh tujuh bulan berikutan inventori global yang tinggi dan keraguan terhadap keupayaan OPEC untuk melaksanakan pemotongan pengeluaran.

Niaga hadapan Brent susut AS$0.07 sen atau 0.2 peratus kepada AS$46.93 setong pada 0053 GMT, selepas kejatuhan hampir 4.0 peratus pada sesi sebelumnya.

Sementara niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) jatuh turun 12 sen atau 0.3 peratus kepada AS$44.61 setong.

Penanda aras hadapan minyak mentah kini berada paras terendah sejak akhir November tahun lalu ketika pengurangan pengeluaran oleh OPEC kali pertama diumumkan.

Brent dan WTI turun lebih 12 peratus sejak 25 Mei, apabila perjanjian itu pengurangan bekalan minyak telah dilanjutkan ke akhir suku pertama tahun depan.

“Sehingga kini, eksport OPEC 2017 hanya menyusut sebanyak 0.3 juta tong sehari berbanding asas Oktober tahun lalu,” kata penganalisis AB Bernstein.

OPEC bersama pengeluar minyak lain termasuk Rusia mahu mengurangkan sehingga 1.8 juta tong sehari.

Tetapi, Amerika Syarikat yang tidak menyertai perjanjian itu menyaksikan lonjakan pengeluaran lebih daripada 10 peratus sejak setahun lalu kepada 9.33 juta tong sehari. – MalaysiaGazette