Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien berucap pada Majlis Taklimat Buku Panduan Pilihan Raya UMUM ke14 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini  dalam mood’ pilihan raya, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Daalam sesi perjumpaannya dengan jentera parti hari ini, beliau memberi penekanan mengenai pentingnya mereka menangani isu dan menjelaskan kepada pengundi di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, perjumpaan itu sangat penting dalam persiapan UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita sedia maklum UMNO sekarang berada dalam edah pilihan raya dan mereka diberikan peringatan mengenai gerak kerja yang betul-betul boleh manfaatkan parti,” katanya pada sidang media selepas sesi perjumpaan dengan Setiausaha UMNO Bahagian, Negeri dan tiga sayap parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas memberitahu, pihaknya telah menyediakan buku panduan tetapi akan diedarkan kepada semua jentera menjelang pilihan raya.

“Sekarang ini kita akan turun ke setiap negeri selepas mendapat mandat daripada Setiausaha. Gerak kerja ini turut melibatkan sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Masing-masing telah diberi tugasan mengikut sayap. Mereka akan membantu parti membuat persiapan menghadapi pilihan raya,” katanya. – MalaysiaGazette