Gambar hiasan. foto Getty Images

SINGAPURA – Harga minyak meningkat daripada paras terendah dalam tempoh tujuh bulan dalam dagangan Asia pada hari ini tetapi keuntungannya masih terhad kerana pelabur memberi tumpuan kepada tanda-tanda peningkatan bekalan yang terus memburukkan percubaan OPEC dan pengeluar lain untuk meningkatkan harga.

Niaga hadapan Brent naik AS$0.13 kepada AS$47.04 pada 0034 GMT. Pada hari Isnin, penanda aras minyak ini jatuh AS$0.46 atau satu peratus kepada AS$46.91 setong.

Itu adalah rekod terendah sejak 29 November, sehari sebelum Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran selama enam bulan mulai Januari lalu.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat naik AS$0.13 kepada AS$ 44.33 setong.

Ia merosot sebanyak AS$0.54 sen atau 1.2 peratus pada sesi sebelumnya sebelum ditutup pada harga AS$44.20 setong, penutupan terendah sejak 14 November.

Kedua-dua penanda aras minyak itu menjunam sekitar 15 peratus sejak akhir Mei, apabila OPEC, Rusia dan pengeluar lain melanjutkan pengurangan bekalan untuk sembilan bulan lagi.
sebanyak 1.8 juta tong sehari. – MalaysiaGazette