Darren Osborne

CARDIFF – Seorang bapa kepada empat orang anak ditahan kerana merempuh sekumpulan Muslim di Finsbury Park, London.

Darren Osborne berusia 47 tahun.

Seramai sembilan orang telah dimasukkan ke hospital selepas cedera akibat rempuhan itu.

Saksi-saksi mendakwa terdengar suspek menjerit: “Saya mahu membunuh semua orang Islam” ketika berada berhampiran sebuah masjid di situ.

Seorang lelaki tua terjatuh beberapa saat sebelum van berkenaan muncul, mati di tempat kejadian.

Polis bagaimanapun belum mengesahkan punca kematian lelaki tersebut.

Penduduk setempat telah menahan suspek kelahiran Singapura itu sebelum diserahkan kepada polis.

Osborne akan didakwa kerana melaku dan membuat persiapan keganasan termasuk membunuh dan cubaan membunuh. – MalaysiaGazette