Polis Sabah sedang berusaha untuk mendapatkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bagi merekodkan kenyataannya dengan segera berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa yang dibuat pada minggu lalu.
Musa Aman

KUALA LUMPUR – Mahasiswa dan mahasiswi daripada Sabah terutama yang melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi sama ada di dalam atau luar negara perlu memberi sepenuh perhatian kepada bidang pengajian masing-masing.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengingatkan bahawa mereka menjadi harapan kepada kepimpinan kerajaan negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita kurang tepat yang dilaporkan sesetengah media.

Sebaliknya, menurut beliau, sebagai seorang pelajar, adalah menjadi keutamaan untuk memenuhi harapan semua pihak termasuk ibu bapa, saudara-mara dan kerajaan negeri untuk menghabiskan pelajaran dengan cemerlang.

“Kita perlukan orang-orang yang berpendidikan seperti kamu semua. Kami (pemimpin) ini mengharap sangat supaya anak-anak sekalian berjaya. Jangan sia-siakan harapan ibu bapa anda, bila anda diberi biasiswa, diberi peluang belajar diluar negeri, negara, harapan ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya.

“Jadi oleh itu jangan terpengaruh dengan pelbagai macam hasutan, tomahan ataupun berita-berita yang merosakkan fikiran. Kita tahu hari ini ada pelbagai macam berita, nak tengok, tengoklah tapi jangan terpengaruh,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar institut pengajian tinggi semenanjung yang berasal dari Sabah di sini malam tadi.

Musa dalam masa yang sama dengan tegas menyeru agar pelajar yang sedang dalam pengajian memberiken sepenuh kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

“Yang penting fokus tu untuk menghabiskan pelajaran, supaya kerajaan tidak rugi memberikan biasiswa. Inilah yang perlu ada dalam fikiran kamu semua. Percayalah kerajaan yang sedia ada hari ini, apa yang dikatakan, kami tidak peduli asalkan kami tahu kami buat kerja kami.” – MalaysiaGazette