Man United menafikan khabar angin kelab itu mengikat perjanjian dengan bintang Chelsea, Nimanja Matic musim ini. The Sun

MANCHESTER – Kelab bola sepak England, Manchester United hari ini menafikan dakwaan bahawa telah mengikat perjanjian dengan bintang tengah Chelsea, Nimanja Matic.

Matic dikhabarkan akan berhijrah ke Old Trafford pada jendela perpindahan kali ini selepas juara EPL musim lepas itu dikatakan mahu melepaskan pemain itu.

Bagaimanapun laporan terbaharu menafikan dakwaan the Red Devils telah mempersetujui perjanjian dengan pemain antarabangsa Serbia itu.

Matic,28, dikatakan akam meninggalkan the Blues dibawah bimbingan Antonio Conte apabila kelab itu dikatakan semakin menghampiri khidmat pemain tengah Monaco, Tiemoue Bakayoko.

Sekiranya bintang Perancis itu berhijrah ke Stamford Bridge, Matic dikatakan akan terlepas kesebelasan utama musim depan.

Matic,28, turut dikaitkan kuat dengan penyertaan di MU yang dikendalikan Jose Mouriho yang juga bekas jurulatih the Blues.

Satu lagi laporan pula menafikan penyertaan Matic dengan Mourinho memandangkan pengurus warga Portugal itu menghampiri khidmat bintang tengah Monaco, Fabinho dengan nilai perpindahan hampir £35 juta atau RM192 juta. – MalaysiaGazette