KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan syarikat dan laman sesawang terkini yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh Bank Pusat itu.

Syarikat-syarikat itu ialah CYL Asia Enterprise, CYL Peoria Enterprise, CYL Prospect Trading, CYL4U Resources, JJ Commerce Trading (SA0399365P), JJ Online Enterprise (SA0399360K), L & L Property Ventures SB (1186992T), Mama Captain International dan Nahana Global Resources (00211411-M).

Selain itu, New Gen Food Sdn Bhd (1186962X), NGR Asia Group Sdn Bhd ( 1138129-M), NGR Global Sdn Bhd (UT0004411-H), Relax Green Enterprise (PG0415537X) dan Richway Green Venture (PG0406414M).

BNM berkata, senarai itu tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima olehnya.

Setakat ini terdapat 334 syarikat telah dimasukkan di bawah senarai itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast