KUALA LUMPUR – Seorang warga Malaysia bersama dua rakyat Thailand ditahan kerana memiliki lapan ekor kura-kura dipercayai spessis Sulcata Tortoise.
Mereka dipercayai cuba menyeludupnya dari Thailand ke Malaysia.
Lelaki tempatan berusia 27 tahun dari Klang itu ditahan bersama dua rakyat Thailand di pintu masuk sempadan negara dekat Padang Besar, Perlis dengan menggunakan kenderaan yang berdaftar di Malaysia.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik hidupan liar tersebut gagal mengemukakan dokumen pemilikan atau permit import sah bagi spesies berkenaan yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemilik haiwan itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60 (1)(a)Akta 716 iaitu menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa suatu lesen.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duannya. – MalaysiaGazette
















