KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$98.9 bilion (bersamaan dengan RM424.8 bilion) pada 30 Jun 2017.

Paras rizab dalam dolar Amerika Syarikat terus meningkat, kata bank pusat itu dalam kenyataan di sini.

Namun, dalam ringgit, rizab menurun berikutan penambahan nilai ringgit pada suku kedua.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast