Home Dunia Isteri ditembak gara-gara lewat hidang makan malam

Isteri ditembak gara-gara lewat hidang makan malam

NEW DELHI – Seorang lelaki yang menembak mati isterinya kerana lewat menghidangkan makan malam telah ditahan polis.

Ashok Kumar, 60, yang mabuk didakwa telah bertengkar dengan isterinya, Sunaina, 55, sebelum menembak kepala mangsa.

Pegawai Kanan Polis di bandar Ghaziabad, Rupesh Singh berkata, mangsa telah dibawa ke hospital tetapi kemudian meninggal dunia.

“Kumar mabuk setiap hari. Pada Sabtu lalu, dalam keadaan mabuk dia bertengkar dengan isterinya yang marah kerana dia mabuk dan mengajak berbincang. Tetapi Kumar mahu makan malam disediakan segera.

“Suspek yang marah itu telah menembak isterinya,” kata Rupesh.

Keganasan rumah tangga merupakan isu utama dalam kalangan wanita di India setiap tahun lebih daripada sedekad.

Pada tahun 2015, keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku setiap empat minit di bawah definisi undang-undang kematian mas kahwin, gangguan terhadap jenayah berkaitan mas kahwin, kekejaman oleh suami atau saudara-mara dan keganasan rumah tangga.

Menurut kaji selidik keluarga yang dijalankan oleh kerajaan, lebih daripada 54% lelaki dan 51% wanita mengatakan adalah baik bagi lelaki untuk memukul isterinya jika dia tidak menghormati mertua, mengabaikan rumah atau anaknya, atau bahkan melakukan kesalahan seperti meletakkan kurang – atau lebih – garam dalam makanan. – MalaysiaGazette