Home Ekonomi Jho Low didakwa watak utama kehilangan wang 1MDB

Jho Low didakwa watak utama kehilangan wang 1MDB

SINGAPURA – Pihak pendakwaraya memberitahu mahkamah di sini bahawa Low Taek Jho merupakan watak utama dalam siasatan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau didakwa telah menggunakan wang yang dikesan untuk syarikat tersebut untuk faedah sendiri.

Low atau Jho Low telah menerima jumlah “wang” yang besar, kata pendakwa raya di mahkamah

Kira-kira AS$1 bilion milik 1MDB yang sepatutnya dilaburkan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd telah dipindahkan ke dalam akaun bank milik Jho Low, berdasarkan kepada kes mahkamah yang difailkan.

“Mangsa utama dalam kes ini adalah 1MDB. Jho Low telah hilang dari mata awam,” dakwa Nathaniel Khng.

Siasatan yang dijalankan oleh Singapura berkaitan 1MDB setakat ini menyaksikan lima tertuduh telah disabitkan kesalahan, empat daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara.

Singapura adalah satu-satunya negara setakat ini mempunyai pendakwaan ke atas jenayah perbankan.

Siasatan itu adalah sebahagian daripada usaha dunia untuk menjejaki seberapa banyak wang daripada AS$6 bilion milik 1MDB yang dijana untuk projek-projek pembangunan telah digunakan untuk membayar hartanah mewah, seni, parti mewah dan banyak lagi.

Amerika Syarikat dan Switzerland adalah antara negara yang menyiasat peranan yang dimainkan oleh institusi perbankan dan individu.

Jho Low juga telah didakwa oleh penyiasat Amerika Syarikat sebagai perancang utama dalam aliran keluar dana-dana 1MDB.

Jho Low sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan pada bulan Jun sebagai tindak balas kepada tuntutan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang berusaha medapatkan semula aset-aset bernilai AS$540 juta yang dikatakan dibeli menggunakan dana 1MDB.

“Kami harap mahkamah membentangkan dengan fakta sebenar yang menunjukkan bahawa kes DOJ itu benar-benar tanpa asas,” kata Jho Low melalui seorang wakil.

Dalam perbicaraan mahkamah hari ini, seorang tertuduh Yeo Jiawei, juga bekas pegawai yang menjalani hukuman penjara terpanjang dalam siasatan 1MDB Singapura, mengakui dakwaan, termasuk pengubahan wang haram.

Yeo memainkan peranan dalam urus niaga yang melibatkan dana dan membuat keuntungan rahsia , kata pendakwa raya.

Yeo, juga mengaku bersalah menipu bekas majikannya, bersetuju untuk membantu dengan siasatan penggubahan wang haram yang disifatkan oleh pendakwa sebagai kes terbesar dalam sejarah negara.

Tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara 54 bulan oleh mahkamah Singapura hari ini dan bekas perancang kekayaan BSI SA itu telah dijatuhi hukuman selama 30 bulan pada bulan Disember lalu, atas dakwaan cuba mengganggu saksi dalam siasatan.

Hakim Daerah Utama Ong Hian Sun berkata, mahkamah harus mengambil sikap “tidak kompromi” untuk menjaga integriti sistem kewangan Singapura. – MalaysiaGazette