Pierre-Emerick Aubameyang

LONDON – Chelsea kini mengalihkan sasaran bagi medapatkan penyerang berbisa Borussia Dortmund untuk menggantikan penyerang bermasalah, Diego Costa.

Pierre-Emerick Aubameyang dikatakan ditawar bidaan sebanyak 65 juta pound sterling oleh juara Liga Perdana Inggeris itu.

Pengurus The Blues, Antonio Conte dilihat terdesak menyelesaikan isu yang menyelubungi Costa apabila penyerang kelahiran Sepanyol itu mahu meninggalkan Stamford Bridge dan kembali menyertai Atletico Madrid.

Lebih memburukkan keadaan, Chelsea gagal mendapatkan Romelu Lukaku yang menyertai Manchester United.

Selain itu, usaha mendapatkan Alvaro Morata dari Real Madrid menjadi sukar dengan harga yang mahal menyebabkan Conte beralih arah kepada Pierre-Emerick Aubameyang.

Chelsea mula membida Aubameyang selepas kelab Jerman itu sudah mengadakan rundingan rasmi bagi membawa masuk penyerang Arsenal, Olivier Giroud.

Aubameyang, 28, merupakan seorang daripada penyerang profilik Eropah dan telah menjaringkan 40 gol pada musim lepas.

Dia dikatakan bersedia meninggalkan Dortmund dan mahu menggalas cabaran baharu di liga lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast