Home Ekonomi Honda panggil balik 2.1 juta kenderaannya

Honda panggil balik 2.1 juta kenderaannya

TOKYO – Honda Motor Co akan menarik balik kira-kira 2.1 juta kenderaan di seluruh dunia untuk menggantikan sensor bateri kerana risiko kebakaran.

Chris Martin, jurucakap pembuat kereta Jepun berkat,a penarikan semula itu termasuk 1.15 juta kenderaan Honda Accord dari model tahun 2013-2016 di Amerika Syarika, dan hampir 1 juta di tempat lain, untuk menggantikan sensor bateri 12 volt.

Syarikat itu berkata, ia telah menerima empat laporan kebakaran petak enjin di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya satu di Kanada, di kawasan yang menggunakan garam pada musim sejuk.

Tiada kecederaan yang dilaporkan.

Pembuat kereta itu telah menerima 3,972 tuntutan waranti dari Amerika Syarikat berkaitan dengan isu itu.

Honda memperkenalkan sensor bateri yang direka bentuk semula pada bulan Jun 2016. – MalaysiaGazette