Karim Ibrahim
Karim Ibrahim

KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Bukit Jalil yang baharu siap dibaiki untuk Sukan SEA Ke-29 (KL2017) kini boleh dimasuki orang ramai sempena Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia bermula hari ini dan esok.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, orang ramai boleh masuk secara percuma kerana Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah memberi kebenaran berkenaan.

“PSM sudah memaklumkan mereka bersetuju membenarkan orang ramai memasuki Stadium Nasional secara percuma melalui pintu depan untuk menyaksikan kejohanan ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia itu yang turut dikenali Kejohanan Pra Sukan SEA disertai kira-kira 266 atlet daripada sembilan negara termasuk Thailand, Laos, Brunei, Indonesia dan Singapura selain Malaysia selaku tuan rumah.

Kejohanan itu turut menguji pelbagai peralatan pertandingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) termasuk ‘photo finish’ selain memberi peluang kepada atlet merasai kemudahan baharu di situ. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast