Home Nasional SPRM cari Shamsul Shahrul

SPRM cari Shamsul Shahrul

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang lelaki yang juga seorang anggota polis berpangkat Koperal bagi membantu siasatan kes SPRM.

Lelaki tersebut, Shamsul Shahrul Shamsudin bernombor kad pengenalan RF 146693 / 820710-07-5415, mempunyai alamat terakhir di No. A210 Taman Derga Jaya, Jalan Dato Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah.

Lelaki yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar tersebut dipercayai terlibat dalam kes rasuah pada tahun 2014.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penolong Penguasa, Hedzra Shahrul Ahmad di talian 012-5135290. – MalaysiaGazette