Affandi Hamzah

KELANTAN – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengumumkan pelantikan Pemangku Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai pengurus pasukan dalam usaha melakukan rombakan terhadap pengurusan The Red Warriors.

Setiausaha Agung Kafa Datuk Ismail Md Noor berkata, Alfredo Gonzales yang memegang jawatan itu sebelum ini kembali memegang jawatan pengarah teknikal.

Beliau berkata, Datuk Nasir Hamzah dan Zahasmi Ismail masing-masing kekal sebagai penolong pengurus dan ketua jurulatih.

“Susulan pertukaran Gonzales sebagai pengarah teknikal, Zahasmi kini diberikan diberikan kuasa penuh untuk menjalankan latihan dan menyusun strategi pasukan.

“Rombakan dilakukan selepas The Red Warriors mengalami kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelantan kini berada pada kedudukan kelapan Liga Super selepas mengharungi 16 perlawanan dengan merekodkan enam kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan.

Bagi aksi Piala Malaysia, ia berada di kedudukan ketiga Kumpulan C di belakang Kedah dan Melaka United daripada tiga perlawanan dengan dua kemenangan dan satu kekalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast