JERUSALAM – Penduduk Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di luar pintu gerbang Old City di Jerusalem berikutan ketegangan yang berterusan berhubung langkah-langkah keselamatan dilaksanakan dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Pasukan berkuasa Israel dilihat menarik seorang penganut agama Islam manakala seorang lagi polis menumbuk seorang lelaki Palestin dalam satu kekecohan pada Rabu.

Bom tangan dilepaskan oleh pihak polis bagi menyuraikan orang ramai manakala mereka dibalas dengan lontaran objek, demikian laporan wartawan Al Jazeera dari tempat kejadian.

Protes tersebut berlaku selepas Israel mengetatkan kawalan terhadap Al-Aqsa.

“Kami ada satu lagi pusingan keganasan di sini, betul-betul di hadapan kawasan Al-Aqsa. Ini menunjukkan betapa sensitifnya keadaan sekarang,” katanya.

Pasukan keselamatan telah mengosongkan kawasan di luar Al-Aqsa serta mengarahkan semua kenderaan keluar. Situasi ketika ini semakin tenang.

Konfrontasi diikuti pertempuran di antara pasukan keselamatan Israel dan pemprotes berlaku selepas solat Maghrib di bandar yang telah ditakluk itu pada Selasa.

Presiden Mahmoud Abbas Fatah menggelarkan Hari Kemarahan selepas pengesan besi dan penghadang dipasang di pintu masuk Al-Aqsa selepas kejadian tembak berlaku di situ mengakibatkan dua pegawai keselamatan Israel dan tiga rakyat Palestin mati.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua penganut Islam di Jerusalem meminta semua masjid di bandar berkenaan ditutup pada Jumaat ini sebagai protes kepada langkah terbaharu Israel itu.

Mufti Besar Muhammad Hussein berkata, Muslim Palestin diminta berhimpun di luar pintu masa Masjid Al-Aqsa bagi solat Jumaat.

Dua kumpulan Palestin, Hamas dan Islamic Jihad turut meminta rakyat Palestin mengadakan protes di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada Rabu. – MalaysiaGazette