Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kelihatan bergurau dengan maskot rasmi Sukan SEA ke 29 diiringi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus (kiri) dan Timbalan Presiden Eksekutif Pelanggan dan SME Telekom Malaysia Berhad, Imri Mokhtar (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Koleksi Terhad KL2017 sempena Sukan SEA ke 29 di Petronas Teknologi Park, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Kejutan penerjun papan anjal 10 meter negara yang mencipta sejarah merangkul emas dalam kejohanan acara terjun dunia 2017 dua hari lepas di Budapest merangsang semangat atlet negara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos ini.

“Itulah semangat yang kita perlukan untuk semua atlet-atlet yang akan bertarung dalam temasya SEA ke29 dan para ASEAN bersama 10 negara rantau Asia Tenggara,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Terdahulu Khairy  hadir melancarkan produk-produk edisi terhad temasya Sukan SEA KL 2017 keluaran bersama penaja Platinum iaitu Petronas dan TM sebagai menyemarakkan lagi suka SEA di Stesen Minyak Petronas Taman Teknologi Park di Lebuh Raya Kuala Lumpur Seremban di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga menyifatkan kemenangan Jun Hong sebagai luar jangkaan dan kejutan besar kerana ia kemenangan emas pertama acara itu dalam sejarah Malaysia.

“Saya sempat berbual dengan Jun Hoong menerusi telefon semalam dan dia memaklumkan sepanjang pusingan akhir acara itu, dia langsung tidak melihat papan catatan mata sehingga terjunan akhir dilakukan.

“Dia hanya fokus kepada prestasi setiap terjunan pada pusingan akhir itu, tidak mahu tengok keputusan akhir dan inilah semangat yang kita perlukan.

“Kemenangan Jun Hoong sekaligus kita pertama kali menewaskan China dengan temboh China sedikit diroboh yang mana kita buktikan kepada China cengakaman mereka dalam sukan berkenaan berjaya dicabar dan dijatuhkan,” tegasnya lagi.

Selepas Azizulhasni Awang menang pingat emas keirin dunia, Jun Hoong merupakan atlet kedua memenangi emas dalam acara bukan kegemarannya iaitu terjun 10 meter papan anjal.

Beliau juga berharap kejayaan itu memberi semangat kepada Datuk Lee Chong Wei beraksi cemerlang dan muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia pada Ogos ini.

“Kita nak dapat juara dunia dalam badminton menerusi Chong Wei.

“Saya sudah cakap dengan jaguh perseorangan kita itu dua hari lepas terus bersemangat dengan mencontohi jaguh tenis, Roger Federer yang membuktikan usia bukan penghalangnya,” katanya lagi. MalaysiaGazette