Pemandangan pusat bandaraya Kuala Lumpur dari udara.

KUALA LUMPUR – Credit Suisse menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.6 peratus berbanding 5.1 peratus sebelumnya.

Pakar ekonominya, Michael Wan berkata, perubahan unjuran tersebut didorong oleh ramalan suku kedua yang dilihat lebih kukuh berbanding jangkaan awal.

“Kami maklum mengenai konsesus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sejak awal tahun lagi dan bakal mencapai lima peratus berbanding hanya 4.2 peratus sahaja.

“Pertumbuhan kukuh ini akan dipacu oleh penggunaan yang lebih tinggi, perbelanjaan pengguna dan juga eksport,”

Dalam pada itu, Michael tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang berpendapat, ekonomi akan mengalami kejatuhan teruk pada separuh kedua 2017.

Jelasnya, dasar fiskal, projek-projek infrastruktur serta pasaran buruh yang lebih baik akan menyokong pertumbuhan.

“Kesan negatif daripada pemotongan subsidi antaranya minyak masak akan terus menghilang menjelang akhir tahun ini.

“Kami juga berpendapat, kedudukan fiskal lebih luas akan terus menjadi penyokong pertumbuhan di sepanjang tahun 2017 dengan perbelanjaan kerajaan pusat tidak berkurangan tahun ini.

“Kami turut menjangkakan projek-projek infrastruktur seperti jajaran rel dan lebuhraya untuk menyokong aktiviti pelaburan,” katanya.-MalaysiaGazette