Md Raus Sharif

GEORGE TOWN – Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif mendahului senarai 1,481 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sempena sambutan Ulang Tahun ke-79 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Md Raus, 66, adalah penerima tunggal Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Utama’.

Menurut senarai yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dua penerima dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ iaitu Pengerusi Eksekutif Choot Ching Khoon Realty Sdn Bhd Datuk Seri Choot Ewe Seng dan Panglima Tentera Darat Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Selain itu, 14 penerima dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’, antaranya Sasterawan Negara Datuk Abdul Samad Mohamed Said; Pengarah Eksekutif Tah Wah Group Sdn Bhd Datuk Hong Yeam Wah; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Kobay Technology Bhd Datuk Koay Hean Eng; bekas Pengarah Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang Datuk Dr Lee Lok@Lee Yow Ching; Pengerusi /Pengarah Eksekutif Diamex Holdings Sdn Bhd Datuk Markend Dalpatram Joshi dan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Datuk Mokhtar Mohd Jait.

Turut menerima DGPN ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali; Pengarah Urusan Syarikat Thye Huat Chan Sdn Bhd Datuk Ng Tee Soo; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Ramlan Ibrahim; Pengerusi Fabtronic Sdn Bhd Datuk Siti Balkish Shariff; Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Indera Subromaniam; Pengarah Urusan Manikkam Enterprise dan SM Fuji Carries (M) Sdn Bhd Datuk M. Suppiah dan Pengarah Urusan SJ & Associates Datuk Syed Jaafar Syed Ali.

Sebanyak 17 orang menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ iaitu Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim; Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad Datuk Ahmad Abu Bakar; Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Ahmad Nazri Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Azimuddin Bahari dan bekas penerima Anugerah Tokoh Seni Budaya tahun 2014 Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.

Turut menerima anugerah itu ialah Anggota Majlis Tertinggi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Datuk Daud Taha; pengasas syarikat IRM Industries Sdn Bhd Datuk Goh Eng Hoe; Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Hasnudin Hamzah; bekas Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd Datuk Ismail Mohamad Taib; Ketua Perkhidmatan Anestesiologi Kementerian Kesihatan Datuk Dr Jahizah Hassan; Pengarah bukan-eksekutif PBA Holdings Berhad Datuk Kuvenaraju Pachappen dan Pengarah Urusan Syarikat Asiawang Sdn Bhd Datuk Michael Tiah Thee Seng.

Lima lagi penerima DMPN ialah Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar; Pengarah Eksekutif Usaha Tarbiah Pulau Pinang Sdn Bhd Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff; Pengarah Syarikat Gems Restaurant (Pg) Sdn Bhd Datuk Dr K. Palaniappan; Pengerusi dan Ketua Kumpulan Eksekutif Phison Electronics Datuk Pua Khein Seng dan bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.

Sejumlah 89 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia Abdul Fareed Abdul Gafoor; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa Penang Medical College Prof Dr Abdul Rashid Khan Md Jagar Din; Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Ahmad Shahrir Mohd Salleh; Pengarah Urusan Mega Cineplex Chiah Chye Kee dan Perunding Kanan Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pulau Pinang Dr Nor Azizah Aziz.

Turut disenaraikan sebagai penerima DSPN, Penasihat Kebangsaan Kementerian Kesihatan untuk bidang anestesiologi kardiotorasik dan perfusi Dr Norly Ismail; Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik; Pengarah Bahagian Akaun Kementerian Kewangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Roslan A. Rahman; bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang Salleh Awang dan Pengarah Pengurusan Zon Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Kapten (B) Anuar Yahya.

Selain itu, 88 individu menerima Darjah Johan Negeri (DJN), Bintang Cemerlang Negeri (BCN) (46 orang), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (170 orang), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (483 orang), Pingat Jasa Masyarakat (PJM) (508 orang) dan Pingat Bakti Setia (PBS) 63 orang. – MalaysiaGazette