Home Dunia 5 cedera diserang lelaki bersenjata gergaji

5 cedera diserang lelaki bersenjata gergaji

Kawasan serangan oleh lelaki bersenjatakan gergaji di Schaffhausen telah ditutup. foto Agensi

BERN – Lima orang cedera dengan dua mangsa dilaporkan serius selepas diserang oleh seorang lelaki bersenjata gergaji di bandar Schaffhausen di Switzerland, kata polis.

Bahagian tengah bandar di sempadan Jerman telah ditutup kerana polis sedang mencari penyerang.

Polis dan ambulans berada di tempat kejadian dan helikopter penyelamat turut berlegar, menurut jurucakap polis Cindy Beer dipetik sebagai berkata.

Polis percaya serangan itu tidak ada kaitan dengan pengganas.

Kedai-kedai diarah tutup dan orang ramai diminta meninggalkan kawasan berkenaan.

Polis telah mendapat maklumat mengenai serangan itu pada pukul 10.39 waktu setempat (08:39 GMT), ketika seorang lelaki bersenjata dilaporkan memasuki gedung di Schaffhausen.

Pada sidang akhbar, polis berkata penyerang itu sedang dalam perjalanan, dan sejumlah besar pegawai telah ditempatkan di kawasan itu.

Pihak berkuasa juga mengesahkan mengetahui siapa penyerang tersebut, yang digambarkan setinggi kira-kira 190 sentimeter dan memandu van Volkswagen putih. – MalaysiaGazette