pengajar yang diibaratkan sebagai
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan enam lelaki direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan rompak dua pembantu taska di Ampang dua minggu lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Ampang, Roslan Mohd Nor mengeluarkan perintah reman enam hari selepas membenarkan permohonan polis ke atas tujuh individu berusia 34 hongga 43 tahun itu.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi pada 14 Julai itu, kesemua suspek dipercayai telah memecah masuk ke dalam taska berkenaan dan merompak serta merogol dua pembantu taska.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad berkata, selepas kejadian, suspek dipercayai telah menyimbah cecair peluntur ke seluruh tubuh mangsa untuk menghapuskan bahan bukti.

Mereka kemudian melarikan diri bersama telefon bimbit dan telefon bimbit mangsa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast