Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

PASIR MAS  – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengenalpasti beberapa lokasi di Mekah dan Madinah untuk membina kompleks bagi memudahkan rakyat negara ini menunaikan ibadah haji.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya kini dalam proses penilaian dan penelitian terakhir ke atas beberapa bidang tanah yang ditawarkan.

Beliau berkata, pihaknya menjangka proses pembelian tanah tersebut akan berakhir hujung tahun ini.

“Kita berharap kerja-kerja pembinaan Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madiah ini akan dapat dilakukan segera.

“Kompleks ini adalah impian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat jemaah haji lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini hari ini.-MalaysiaGazette