Thomas Lemar. Foto Daily Express

LONDON – Liverpool mencuba nasib yang sama mendapatkan khidmat bintang AS Monaco selepas Arsenal tiga gagal mendapatkan pemain tersebut.

Thomas Lemar kini menjadi idaman pengurus, Jurgen Klopp ke Anfield pada musim depan sebagai pengganti jika kehilangan Philippe Coutinho.

Bintang Liverpool itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona yang menyaksikan pemain kelahiran Brazil itu tidak mampu menolak tawaran lumayan.

The Catalan dikatakan mengemukakan tawaran sebanyak 80 juta pound sterling untuk pemain Liverpool itu.

Sementara itu, Lemar dilihat sebagai pengganti yang sesuai selepas menjaringkan 19 gol dalam 90 penampilan bersama Monaco sejak menyertai kelab itu pada 2015.

Namun Arsenal terlebih dahulu mengemukakan tawaran tetapi gagal selepas kali ketiga mencuba dengan nilai 44.7 juta pound sterling. – MalaysiaGazette