Pengerusi Formula 1, Chase Carey.

LONDON – Formula Satu (F1) sedang mengkaji peluang untuk mengadakan perlumbaan Grand Prix F1 di Vietnam.

Sun Sport difahamkan, pengurusan tertinggi FIA sudah terbang ke negara Asia Tenggara itu dengan pandangan untuk menganjurkan perlumbaan di Bandaraya Ho Chi Minh pada masa depan.

Kini sebanyak tiga perlumbaan Formula 1 diadakan di rantau rantau Asia Tenggara.

Sementara perbincangan mengenai cadangan itu masih di peringkat awal, beberapa penaja berminat untuk memperluaskan pasaran sahamnya ke rantau Asia Pasifik.

Pada tahun lalu, negara itu telah membuka trek perlumbaan profesional yang pertama walaupun ia masih tidak menepati beberapa syarat yang dikehendaki badan pemantauan sukan itu.

Sementara, Pengurus tertinggi F1 Bernie Ecclestone pada April bahawa dia menolak peluang menganjurkan perlumbaan F1 di Vietnam yang tidak mempunyai latar belakang atau tradisi perlumbaan trek.

Kini perlumbaan Formula 1 diadakan di tiga negara di rantau Asia Tenggara.

“Tahun lepas saya dipujuk untuk mengadakan perlumbaan di Vietnam dan diberi peluang bertemu presiden untuk berunding mengenainya.

“Saya patut sudah boleh memuktamadkan tawaran itu dan menandatangani perjanjian pada Ogos.

“Semua persiapan telah dibuat untuk itu (GP Vietnam) tetapi saya tidak memuktamadkannya kerana kita sudah ada banyak perlumbaan di serata dunia,” katanya.

Kini oleh kerana penganjur GP Malaysia akan menamatkan kontrak mereka bersama pemilik F1 musim ini, ia akan membolehkan F1 mengadakan tiga siri perlumbaan di rantau sebelah sini.- MalaysiaGazette