Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang pemetik kelapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini kerana merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun pada bulan lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya berusia 14 tahun di ruang dapur sebuah rumah di Kampung Tasek Badang, Kota Bharu, kira-kira 3 petang pada 15 Julai 2017

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Hayat Muhamad. – MalaysiaGazette