Home Nasional Kenapa terburu-buru laksana EIS?

Kenapa terburu-buru laksana EIS?

Ismail Nasaruddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menangguhkan pelaksanaan Skim Insurans Pekerja (EIS) kerana kebanyakan kesatuan kerja memerlukan masa untuk mengkaji pelaksanaan skim tersebut.

Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan skim tersebut memandangkan ia melibatkan masa depan dan wang pekerja, lantaran itu skim ini perlu dilihat secara mendalam tentang kelebihan dan kekurangannya dalam jangka panjang.

“Dengan membaca dan mengkaji beberapa kenyataan melalui media sahaja tidak cukup untuk mengetahui bagaimana skim ini akan memberi manfaat kepada para pekerja.

“Kami bercakap mengenai berbilion-bilion setahun yang dikutip oleh Perkeso dan perlindungan  hanya enam bulan untuk pekerja yang diberhentikan kerja.

“Berapa banyak pekerja yang diberhentikan setiap tahun? Perbandingan sedemikian hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum kerajaan memulakan skim. Lebih banyak kajian perlu dilakukan terlebih dahulu untuk melihat sama ada pemberhentian itu benar-benar memberi manfaat kepada pekerja atau sebaliknya,” kata Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin.

Beliau mendakwa, suara para pekerja perlu didengari oleh kerajaan dan setakat ini kesatuan-kesatuan sekerja juga tidak diberi taklimat lagi.

“Kesatuan-kesatuan sekerja tidak menerima sebarang jemputan pun untuk penjelasan mengenai skim ini, tiba-tiba ia akan dibentangkan di Parlimen.Mengapa kerajaan tergesa-gesa melaksanakan skim ini, adakah lebih banyak pekerja akan diberhentikan?,” soalnya.

Ismail turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak melaksanakan penjelasan awam tentang skim tersebut dan bukannya memberi tekanan kepada pekerja dan kesatuan sekerja untuk menerima cadangan tersebut kecuali kerajaan turut memberi peruntukan dalam skim berkenaan.

NUFAM menyokong MTUC  yang mempersoalkan mengapa kerajaan tidak memberi peruntukan kepada skim itu suapa beban lebih rendah ditanggung oleh para pekerja.

Ismail berkata, kerajaan sewajarnya memperuntukkan geran khas untuk pekerja setiap tahun bagi menyokong mereka yang diberhentikan kerja, seperti mana di luar negara.

“Terdapat begitu banyak dana diagihkan kepada pelbagai pihak di dalam negara ini tetapi mengapa tidak untuk untuk melindungi pekerja sendiri.

“Undang-undang buruh juga perlu dipinda supaya lebih bai agar  pekerja boleh mendapat manfaat di bawah pelan keselamatan,” katanya.

Menurut Ismail, tiada undang-undang yang telah dipinda untuk melindungi pekerja daripada ditamatkan atau syarikat yang melanggar pemberhentian pekerja.

Tambahnya, lihat sahaja pekerja Malaysia Airlines System (MAS) yang mana kebanyakan  daripada 6,000 pekerja masih menganggur walaupun selepas menghadiri program kemahiran. – MalaysiaGazette