Presiden NCCIM, Datuk Ter Leong Yap berucap pada Majlis Pelancaran Forum Ekonomi National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 08 OGOS 2017

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) berharap kerajaan sedia mempertimbangkan penurunan kadar cukai korporat dalam Bajet 2018 nanti.

Presidennya, Datuk Ter Leong Yap berkata, NCCIM juga menggariskan beberapa lagi harapan termasuk menangani kenaikan kos dalam membuat bisnes, penilaian semula Komitmen Mandatori Majikan dan isu-isu permit pekerja asing dan menyemak semula Sistem Insurans Pekerjaan.

“Kami menaruh harapan penyelesaian menang-menang melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis Forum Ekonomi 2017 anjurannya di sini.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam mencapai ke arah Industri 4.0, Ter berharap kerajaan menyediakan insentif termasuk elaun modal bagi mempromosikan inovasi, penggunaan teknologi digital dan e-perdagangan.

Menurutnya, usaha untuk mempromosikan inovasi dan penggunaan teknologi digital adalah kritikal bagi pengilang-pengilang tempatan untuk terus berada dalam persaingan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast