Home Nasional Banjir: 5 sekolah di Miri ditutup

Banjir: 5 sekolah di Miri ditutup

MIRI – Seramai 572 murid dari lima buah sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana banjir.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsan (SK) Long Lenei, Sk Kuala Kebulu, SK Bukit Balai, SK Hang Kwang dan SK Nanga Assan.

“Sebanyak 18 buah sekolah rendah melibatkan 1,772 murid turut terjejas kerana banjir tetapi masih beroperasi hari ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Sekolah terjejas tetapi masih beroperasi itu ialah SK Sungai Genaan, SK Kuala Sigu, SK Bukit Mawang, SK Kuala Binyo, SK Long Bemang, Sk Kuala Bok, SK Long Panai, SK Nanga Balingiau dan SK Ulu Bawan.

Turut terjejas ialah SK Ukong, SK Sungai Seputi, SK Merapok, SK Temenggong Koh, SK Lepong Balleh, SK Nanga Sempili, SK Nanga Kain, SK Nanga Beguang dan SK Temalat. – MalaysiaGazette