Surat perceraian isteri Hafiz Hamidun kini tersebar di internet.

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pasangan penyanyi Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa semakin rumit apabila  surat penceraian pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suami tersebar.

Kemusykilan timbul apabila tarikh perceraian perkahwinan pertama Joy yang tercatat adalah 13 Julai lalu menerusi surat yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand.

Tarikh itu turut mengesahkan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

Penyebaran surat itu di di laman sosial juga mula membongkar punca keretakan sebenar masalah rumah tangga pasangan itu.

Pada Jumaat lalu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam selepas Hafiz meragui perkahwinan status perkahwinan mereka.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. – MalaysiaGazette