KERALA – Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov, telah menyertai kelab Liga Super India, Kerala Blasters selepas setahun lebih tidak mewakili sebarang kelab.
Penyerang berusia 36 tahun itu dilepaskan oleh kelab Greece, PAOK yang diwakilinya sebelum itu.
Pengumuman pemain antarabangsa Bulgaria itu dibuat di laman web Kerala Blasters.
Dia akan menyertai bekas rakan sepasukan Wes Brown yang turut menyertai kelab itu minggu lalu. – MalaysiaGazete
















