Alvaro Morata meraikan gol kedua sebelum Chelsea menundukkan Everton 2-0 dalam aksi EPL di Stamford Bridge malam tadi.Foto the Sun

LONDON – Chelsea mudah menjinakkan Everton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

The Blues selaku juara bertahan musim lalu tewas 2-3 kepada Burnley perlawanan pertama musim ini.

Namun dalam aksi kedua Chelsea bangkit dari kekalahan dan menundukkan Tottenham Hotspurs di Wembley Ahad lalu.

Dalam aksi di Stamford Bridge malam tadi,skuad kendalian Antonio Conte mempamerkan aksi dominan untuk mencatatkan kemenangan kedua dalam tiga perlawanan malam tadi.

The Blues mendahului the Toffees menerusi gol Cesc Fabregas pada minit ke-27 di babak pertama.

Lima minit sebelum tamat babak pertama, Alvaro Morata menggandakan gol Chelsea menerusi tandukan merobek pintu gol lawan.

Mengikut rekod, the Toffees gagal mencatatkan kemenangan dalam 23 aksi di Stamford Bridge setakat ini.- MalaysiaGazette