JAKARTA  – Agensi meteorologi, iklim dan geofizik meramalkan ibu negara Indonesia akan dilanda tiupan angin yang kuat dalam tempoh tiga hari lagi.

Mereka juga memberi amaran angin boleh mengakibatkan papan iklan dan pokok tercabut.

Jurucakap agensi, Harry Tirto Djatmiko memberi amaran kepada semua orang awam untuk berhati-hati dengan papan iklan serta pokok-pokok yang berpotensi diterbangkan.

“Kami juga memberi amaran kepada sesiapa yang merancang untuk menggunakan pengangkutan air, bahawa kejadian ombak besar juga bakal terjadi,” kata Harry kepada tribunnews.com.

Harry berkata, angin kuat itu  kerana bandaraya itu akan memasuki musim kering serta impak dari Taufan Pakhar yang membadai selatan China.

“Sistem tekanan yang tinggi akan datang ke selatan Australia dan akan menjadi lebih kuat dari apa yang membadai rantau Asia,” katanya. – MalaysiaGazette