KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah bertindak membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) milik individu, Chin Wai Thoe yang didapati seorang muflis yang belum dilepaskan.

“Lesen CMSRL Chin yang sebelum ini berkhidmat dengan SJ Securities Sdn Bhd, telah dibatalkan di bawah Seksyen 72 yang dibaca bersama-sama Seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 6 Julai, 2017,” kata SC dalam satu kenyataan hari ini.- BERNAMA