Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor.

Pelantikan Menteri Besar Selangor itu sudah pasti memberi tekanan untuk PKR yang sehingga kini masih mengekalkan kerjasama dengan Pas dalam kerajaan negeri.

Pas Selangor pula pasti semakin terhimpit kerana pelantikan itu secara tidak langsung mengiktiraf Parti Amanah Negara di negeri itu.

Hari ini dalam satu kenyataan akhbar, Majlis Presiden PH melantik Pengerusi-Pengerusi PH bagi seluruh negara.

Selain Mohamed Azmin, Lim Guan Eng dilantik Pengerusi PH Pulau Pinang, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PH Johor dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi PH Kedah.

Bagi Pahang, pengerusinya, Datuk Fauzi Rahman, Perlis (Ameir Hassan), Wilayah Persekutuan (Tan Kok Wai), Kelantan (Datuk Husam Musa) dan Terengganu (Datuk Raja Kamarul Bahrin).

Bagi Negeri Sembilan pula ialah Aminuddin Harun , Ahmad Faizal Datuk Azumu (Perak), Adli Zahari (Melaka), Christina Liew (Sabah) dan Chong Chien Jien (Sarawak).- MalaysiaGazette