Zafri Ab Halim

KUALA LUMPUR – Etiqa Takaful Bhd melantik Zafri Ab Halim sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Etiqa berkata Zafri akan melapor diri terus kepada CEO Maybank Ageas Holding Bhd, Kamaludin Ahmad, dan bertanggungjawan memacu perniagaan takaful dan memantau prestasi Etiqa Takaful di Malaysia.

“Zafri layak mengetuai Etiqa Takaful dalam tempoh yang sangat penting ini. Sebahagian besar kerjaya beliau adalah dalam industri insurans. Beliau bekerja dengan Malaysia National Insurance Bhd, yang kini dikenali sebagai Etiqa Insurance Bhd, selama 14 tahun semasa memulakan kerjayanya, dan oleh itu beliau mengetahui selok-belok syarikat itu,” kata Kamaludin.

Zafri yang merupakan CEO Great Eastern Takaful Bhd, kemudiannya menyertai Etiqa.

Sebelum itu beliau mengetuai bahagian perkhidmatan kewangan dan korporat yang meliputi perakaunan kewangan, pelaburan pengurusan sistem maklumat, dan pentadbiran am Bank Aljazira, Arab Saudi.- MalaysiaGazette