Home Nasional Klinik pakar HSB beroperasi pada Isnin ini

Klinik pakar HSB beroperasi pada Isnin ini

ALOR SETAR – Klinik Pakar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akan beroperasi seperti biasa pada Isnin ini, biarpun cuti umum.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu, pesakit yang mempunyai temujanji pada hari tersebut boleh datang seperti biasa mendapatkan rawatan masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi talian klinik pakar seperti tertera pada kad temujanji mereka.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Isnin bersamaan 4 Sept ini sebagai cuti khas berikutan pencapaian luar biasa Malaysia pada temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur (KL2017). – MalaysiaGazette