Home Ekonomi Tiada Cukai Legasi dalam Bajet 2018

Tiada Cukai Legasi dalam Bajet 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Kedua menafikan kerajaan akan mengenakan cukai legasi dalam Bajet 2018 nanti.

“Tidak ada cadangan seumpama itu,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada MalaysiaGazette.

Beliau mengulas demikian ekoran spekulasi mengenai pengenalan cukai berkenaan yang diperkatakan dalam pasaran.

Cukai legasi itu didakwa akan diperkenalkan bagi harta atau aset yang dipindah milik dengan kadar permulaan 10 peratus.

Ini bermakna jika pemilik memiliki hartanah bernilai RM2 juta yang mahu diserahkan kepada warisnya, pemilik perlu membayar cukai legasi sebanyak RM200,000 sebelum menyerahkannya.

Jika tidak, aset atau harta berkenaan tidak boleh dipindah milik.

Cukai legasi diamalkan di Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Perancis. – MalaysiaGazette