Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah dengan mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah dengan mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing hanya berjumlah RM5.7 bilion.

Jelasnya, ia ada dalam laporan tahunan Kementerian Kewangan pada tahun 1993 yang dikeluarkan.

Malah jumlah itu turut dibentangkan beliau di Parlimen, kata bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu hari ini.

“Laporan itu sudah keluar dan kerugiannya adalah RM9.3 bilion dan kami tidak dapat menjelaskannya. Kita perlu menerangkannya,” katanya ketika menjawab pegawai pengendali RCI, Julai Ibrahim.

Julia sebelum ini menunjukkan kepada Anwar surat daripada Timbalan Gabenor Tan Sri Lin See Yan, bertarikh 1 April 1993, yang mengesahkan kerugian BNM.

Dalam surat berkenaan menunjukkan kerugian forex itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.

Ketika itulah Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilihat membetulkan kenyataan Anwar dengan berkata jumlah kerugian BNM dalam urus niaga itu adalah berjumlah RM15. 391 bilion pada tahun 1993.

“Kami ahli panel RCI sudah baca laporan 1992, tidak ada kerugian dalam BNM.

“Malah dicatatkan kerugian berjumlah RM15.391 bilion pada 1994, itu yang kena terangkan,” tanya Sidek.

Anwar dan Sidek dilihat bertegang leher semasa membuat kenyataan mengenai jumlah sebenar kerugian BNM.

Sidek bertanya mengapa Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu mengapa tidak mendedahkan kepada barisan Kabinet mengenai jumlah kerugian sebenar BNM.

Menjawab pertanyaan itu, Anwar berkata; “Saya telah jelaskan bahawa itu (kerugian RM15.391 bilion) adalah rundingan kepada Ketua Audit Negara (ketika itu).

“Kita bawa kepada kabinet keputusannya. Kita sebut apa yang yang telah disebut Bank Negara,” jawab Ketua Umum PKR itu.

Anwar sebagai saksi ke 21, dilihat mengambil masa untuk meneliti dokumen serta surat-surat beliau semasa menjadi Menteri Kewangan kepada BNM.

“Saya mohon seminit untuk meneliti surat berkenaan,” katanya.

Proses prosiding hari ini juga tidak membekalkan kenyataan beliau kerana kekangan masa.

Anwar ialah Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 ketika BNM mengalami kerugian tersebut. -MalaysiaGazette.