PARIS – Selepas sah menjadi milik Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe mengakui dia pernah mengadakan pertemuan dengan Arsene Wenger pada musim panas lalu.
Malah, penyerang muda sensasi itu mendedahkan dia pernah terfikir untuk menyertai Arsenal sebagai kelab pilihan sebelum akhirnya membuat keputusan memilih kelab Paris Saint-Germain (PSG).
Pemain berusia 18 tahun itu memuktamadkan perjanjian £166 juta (RM918 juta) ke Parc des Princes pada hari terakhir perpindahan.
Arsenal akhirnya tewas dengan tawaran PSG yang lebih lumayan berbandingan tawaran kelab itu kepada Mbappe sebanyak £166 juta
“Memang saya ada bertemu dengan Arsene Wenger yang merupakan jurulatih terbaik,” kata Mbappe.
“Beliau memiliki reputasi yang baik di Perancis. Beliau begitu disanjungi dan tahu bagaimana untuk memajukan pemain muda.
Namun sudah tentu PSG menjadi pilihan utama. Tindakan saya juga merupakan satu keputusan jangka panjang.,” kata Mbappe. – MalaysiaGazette