KUALA LUMPUR –Datuk Saifuddin Nasution hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR.
Katanya, beliau masih ada komitmen dengan PKR dan Pakatan Harapan (PH) khususnya walaupun ada pihak tertentu mendakwa beliau tidak berpuas hati dengan tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merestui rundingan parti itu dengan Pas.
“Tidak ada keputusan dari saya untuk meletakkan jawatan setakat ini. Saya masih kekal dengan PKR dan PH. Ini sengaja dicetuskan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan hubungan saya dengan kepimpinan parti,” katanya dalam kenyataan kepada hari ini.
Saifuddin tidak menolak kemungkinan desas desus itu datang dari orang dalam parti dan cubaan pihak tertentu untuk mengadu domba agar berlaku kekeruhan PKR dengan PH.
“Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar angin itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya, saya maafkan,” katanya.
Terdahulu, Saifuddin menghadiri mesyuarat bersama Pengerusi Arakan Rohingya National Organisation, Nurul Islam di London selama enam hari.
Walaupun berada di luar negara beliau sering berhubung dengan pimpinan utama PKR dan PH. – MalaysiaGazette
Comments are closed.