PARIS – Taikun fesyen yang menghasilkan empayar jenama Yves Saint Laurent, Pierre Berge, meningal pada usia 86, kata yayasan beliau hari ini.

Berge, rakan kongsi pereka ternama, Yves Saint Laurent meninggal di dalam tidurnya di rumahnya di Saint-Remy-de-Provence, selatan Perancis.

Bekas Menteri Kebudayaan Perancis, Jack Lang berkata, Berge adalah “putera sebenar dunia seni dan budaya”.

“Beliau adalah ahli magik yang menjadikan kehidupannya dan orang yang dikasihinya sebagai sebuah simfoni kebahagiaan,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast