Sergio Aguero meraihkan gol pembukaan menentang Liverpool dalam aksi EPL di Stadium Etihad malam tadi. The Sun

MANCHESTER – Kad merah kontroversi kepada Sadio Mane pada penghujung babak pertama menyaksikan Liverpool dibelasah 5-0 oleh Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Etihad, the Citizens membuka gol pertama seawal minit ke-25 menerusi Sergio Aguero.

The Kops yang cemas dengan gol itu cuba mengawal perlawanan dan mencari gol penyamaan.

Tetapi nasib tidak menyebelahi skuad kendalian Jurgen Klopp apabila bintang tengahnya Sadio Mane dilayang kad merah dan dibuang padang selepas tendangan terkena muka penjaga gol lawan, Ederson pada minit ke-37.

Liverpool yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain terus ditimpa malang apabila penyerang Man City Gabriel Jesus membuka gol kedua pada minit ke-45 sebelum tamat babak pertama.

Terjahan pemain sayap Liverpool Sadio Mane ke atas penjaga gol Man City sebelum dibuang padang dalam aksi EPL di Stadium Etihad malam tadi.the Sun

Pada babak kedua, nasib the Reds bertambah menyedihkan setelah kehilangan Mane yang merupakan tonggak utama pasukan.

Skuad Pep Guardiola tanpa belas kasihan sekali lagi merobek gawang gol pelawat buat kali ketiga pada minit ke-53 menerusi Jesus sebelum L. Sane menambah jaringan keempat pada minit ke-77 dan gol kelima pada minit ke-90 sebelum wisel penamat ditiup pengadil.

Dengan keputusan itu, Man City memperolehi 10 mata manakala Liverpool kekal dengan 7 mata selepas megharungi empat perlawanan setakat ini.

Pemberian kad merah secara kontroversi kepada Mane menjadi topik perbincangan hangat pengulas sukan terkemuka EPL semasa perlawanan.

Bekas bintang Liverpool, Jamie Carragher berkata:” ya, itu memang kad merah, kasut pemain berada pada muka penjaga gol.

“Satu persoalan di sini dari penonton adalah pandangan Mane pada bola sahaja, tetapi lompatan pemain itu ke arah bola masih membahayakan pemain,” katanya.

Bekas pemain Man City turut menyokong tindakan pengadil dan berkata:”Apabila melihat pada aksi Mane, sudah pasti pengadil layang kad merah.

“Kakinya tinggi kearah muka penjaga gol malangnya dia terlambat yang mana penjaga gol sudah mencapai bola menerusi tandukan.” – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast